Thursday, December 9, 2010

Kisah Mala



Mala bekerja sebagai operator kilang. Malangnya, Mala tidak dapat lagi bekerja setelah empat daripada jari tangan kanannya hancur kerana tersepit mesin sewaktu bekerja di kilang. Peristiwa itu menyebabkan Mala hilang punca pendapatan. Namun begitu, dia tidak berputus asa. Dengan sedikit kemahiran menjahit yang ada padanya dia bertekad mencari rezeki baru. Berbekalkan pampasan daripada majikannya, Mala membeli mesin jahit dan peralatan lain yang diperlukan.
            Dia mula mengambil upah menjahit pakaian, sarung kusyen,  dan langsir daripada jiran tetangganya. Walaupun, sambutan tidak begitu menggalakkan tetapi Mala tidak berputus asa. Berkat kesabarannya, Mala semakin dikenali di kawasan kediamannya. Hasil kerja tangan Mala yang kemas dan halus itu mendapat pujian daripada jiran tetanganya. Pelanggan-pelanggannya bertambah banyak.
            Mala bersyukur kerana hasil usahanya tidak sia-sia. Dia bangga kerana kerja-kerja tangannya mendapat perhatian. Kini, Mala dapat menyara kehidupannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

PEMAHAMAN 1


Baca petikan surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad,
71000 Port Dickson.
                                                                                                                                            

Ketua Pengarah,
Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta,
50568 KUALA LUMPUR.                                                                                  6 OKTOBER 2010.

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara

Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara.

2.                                 Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:
      Masa                   :  2.00 petang
      Tarikh                 :  21 November 2005
      Ahli rombongan  :  42 orang murid dan 2 orang guru

3.                              Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut:
      (a) Meluaskan pengetahuan pelajar
      (b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan
      (c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara
      (d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara

4.                              Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut.

Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
         Hayati
(HAYATI KARIM)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.


1 Siapakah pengirim surat itu?
   A   Ketua Pengarah Arkib Negara
   B    Setiausaha Persatuan sejarah
   C    Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad
   D   Guru Penasihat Persatuan Sejarah

2 Apakah yang dimintanya daripada Ketua Pengarah Arkib Negara?
   A   Kebenaran mendapatkan bahan sejarah
   B    Kebenaran menggunakan kemudahan di Arkib Negara
   C    Kebenaran meminjam rekod-rekod di Arkib Negara
   D   Kebenaran melawat Arkib Negara

3 Rombongan yang akan melawat ke Arkib Negara terdiri daripada
   A   21 orang.            C    42 orang.
   B    40 orang.            D   44 orang.

4 Apakah peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara?
   A   Menulis buku tentang sejarah Malaysia
   B    Memberikan perkhidmatan mencari bahan sejarah
   C    Menyimpan dan merekod bahan-bahan sejarah
   D   Menerangkan kepentingan sejarah kepada orang ramai

5 Yang berikut ialah tujuan lawatan tersebut, kecuali
   A   melihat cara bahan-bahan sejarah disimpan.
   B    mengetahui peranan Arkib Negara.
   C    meluaskan pengetahuan pelajar.
   D   mendapatkan perkhidmatan Arkib Negara.

Tuesday, December 7, 2010

Pantun Kanak-kanak

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap  di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari

Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para

Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba

Monday, December 6, 2010

Kata Banyak Makna



Kata
Makna
Contoh Ayat
akal
fikiran
ikhtiar
1. Budak itu mempunyai akal yang tajam.
2. Pak Ali sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu.
alamat
tanda
butir-butir keterangan
1. Bunyi guruh di langit alamat hujan akan turun.
2. Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.
daki
panjat
kotoran yang melekat
1. Pasukan Pengakap akan menyertai mendaki Gunung Tahan pada minggu depan.
2. Ahmad mencuci daki

Saturday, December 4, 2010

Pemulihan Khas

Program Pemulihan Khas merupakan program untuk membantu murid-murid normal di kelas aliran perdana yang menghadapi masalah penguasaan 3M. Mereka yang telah dikenalpasti bermasalah dalam subjek Bahasa Malaysia atau Matematik akan dicalonkan ke kelas pemulihan khas. Fokus program ini ialah murid Tahap Satu. Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapai masalah disebabkan oleh faktor kognitif. Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid, InsyaAllah akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif. Memang menyeronokkan dan agak mencabar mengajar murid di kelas pemulihan khas. Jika cikgu-cikgu berupaya untuk mengajar dan mendekati murid-murid ini, saya percaya pengalaman mengajar di kelas pemulihan khas ini akan menjadikan cikgu, guru yang sebenarnya.

Kata Yang Hampir Sama Maknanya.

Kata Maknanya
1. besar
2. lebar
3. longgar
4. luas
1. tidak kecil ukurannya
2. ukuran lintang sesuatu bidang
3. tidak sempit (pakaian)
4. tidak sempit, lapang (halaman)
1. basi
2. busuk
3. hangit
4. tengik
1. makanan yang tidak sedap baunya kerana sudah cemar
2. buruk atau rosak (buah)
3. nasi yang hampir hangus dan berbau
4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)
1. beku
2. kaku
3. kejur
4. tegang
1. keras kerana sejuk (cecair)
2. kejang
3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut)
4. keras dan liat (urat, otot)
1. belah
2. hancur
3. patah
4. retak
1. pecah menjadi dua bahagian
2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat
3. hampir putus
4. menunjukkan akan pecah
1. bengkok
2. bongkok
3. condong
4. serong
1. tidak lurus
2. melengkung, tidak lurus
3. senget
4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu)
1. empuk
2. lemau
3. lembik
4. lembut
1. lembut dan mudah dikunyah
2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih)
3. tidak keras, lembut
4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan
1. gembur
2. rangup
3. rapuh
4. retas
1. tidak keras padat (tanah)
2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok)
3. mudah patah atau mudah pecah
4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian)
1. muncul
2. tampil
3. terbit
4. timbul
1. keluar dengan tiba-tiba
2. datang ke depan
3. keluar dari tempat yang terlindung
4. naik ke atas dari dalam air
1. berbuai
2. bergegar
3. bergoyang
4. berkocak
1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun
2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang
3. bergerak terayun-ayun
4. bergoncang (air dalam bekas)
1. berkeliaran
2. berhamburan
3. berserakan
4. bertempiaran
1. bergerak dengan tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat
2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini
3. tidak tersusun atau tidak kemas
4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan
1. nencolok
2. mencucuk
3. menjolok
4. merodok
1. menusuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian)
2. menikam atau menusuk dengan benda tajam
3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur
4. menusuk, menikam senjata tajam
1. mengambil

2. menyambar
3. merampas
4. merenggut
1. mengangkat, memungut sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu 
    membawa
2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat
3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut
4. menarik dengan cepat
1. mencuit
2. meraba
3. menyentuh
4. menyinggung
1. menyentuh dengan hujung jari
2. hendak mencari sesuatu
3. melanggar sedikit
4. menyentuh dengan siku
1. menanak
2. menjerang
3. mengukus
4. merebus
1. memasak sesuatu dalam periuk (nasi)
2. meletakkan cerek di atas api, memasak
3. memanaskan sesuatu dengan wap air
4. memasak sesuatu dalam air mendidih
1. menatang
2. mengelek
3. menjinjing
4. menjunjung
1. membawa sesuatu di atas tapak tangan
2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak
3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah
4. membawa sesuatu di atas kepala
1. memangkas

2. mencencang
3. mengerat
4. menghiris
1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting
    (rambut)
2. memotong sesuatu sehingga halus-halus
3. memotong, memenggal, memancung
4. memotong, mengerat tipis-tipis
1. memagut
2.menggerit
3. menggigit
4. mengunyah
1. menggigit
2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan
3. memotong dengan gigi
4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan
1. mengelap
2. menggosok
3. menggilap
4. menyapu
1. mengeringkan
2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih
3. menggosok supaya berkilat
4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu
1. mencium
2. menghirup
3. menghisap

4. mengucup
1. menyedut udara dengan hidung untuk mengetahui baunya, menghidu
2. menghisap dan menelan benda cair
3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan
    nafas
4. menyentuh dengan bibir.
1. melihat
2. meneliti
3. mengintai
4. menonton
1. memandang, menengok
2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh
3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang
4. menengok sesuatu pertunjukkan
1. menyimbah
2. menyiram
3. merendam
4. merenjis
1. menyiram dengan air sehingga basah
2. mencurahkan air pada sesuatu
3. menaruh sesuatu di dalam air
4. memercik air pada seseorang atau sesuatu
1. menganyam
2. memilih
3. menenun
4. menyulam
1. mengatur / menyusun sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin
2. memintal tali / berjalin
3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera
4. menjahit perhiasan pada kain
1. melulur
2. meneguk
3. menelan
4. menghisap
1. menelan bulat-bulat
2. menelan sesuatu benda cair
3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong
4. menyedut sesuatu ke dalam perut
1. terjelopok
2. terperosok
3. tersungkut
4. terjunam
1. jatuh terduduk
2. jatuh ke dalam lubang
3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah
4. jatuh kepala dahulu
1. bolak-balik
2. lalu -lalang
3. mundar-
    mandir
4. pindah-randah
1. pulang dan pergi lagi, ulang-alik
2. banyak kali lalu (keluar masuk)
3. berjalan pergi balik, berulang-alik

4. selalu bertukar tempat

Friday, December 3, 2010

Kata Seru

Menurut  Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al:
 2004 : 243), kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan 
berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Kata Seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan 
ayat seruan dengan tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan. 
Kata Seru menyatakan pelbagai perasaan ,marah, gembira, sakit dan terkejut. 
contoh kata seru adalah seperti wah, oh, amboi, aduh
cis, nah, wahai, syabas dan kasihan.
Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada
 atau intonasi seruan dengan tandaseru (!) diletakkan pada akhir ayat.
 
Kata Seru
Maksud
Wah Perasaan hairan, terkejut, gembira
Oh Terkejut, merayu
Amboi Perasaan hairan, mengejek
Aduh Perasaan sakit
Cis Perasaan benci, marah, jijik
Nah Perasaan memberi sesuatu dengan marah
Wahai Perasaan sayu, sayang, merayu, menarik pehatian
Syabas Perasaan puas, gembira, memuji, mengucapkan tahniah