Kata Nama Terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh:
pekerja, kesihatan, dan pendamaian.
Kata Nama Terbitan daripada perkataan pinjaman seperti penterjemahan,
pentadbir dan penswasta.
Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s akan mengalami proses
peluluhan apabila diberi imbuhan awalan peN dan apitan peN... an.
Contohnya
pemukul [pukul], pengorek [korek], penyapu [sapu], penipu [tipu],
pemukulan [pukul].
(Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mohd. Saleeh Rahamad, 2005 : 25)
Kata Terbitan ialah kata yang diberi imbuhan.
1. Kata terbitan berawalan.
-awalan dapat wujud dalam kata nama, kata kerja, kata adjektif.
Contohnya:
pesara, ketua, juruterbang, merasa, membilang, mengecat,
terbesar dan terbersih.
2. Kata terbitan berakhiran.
-akhiran wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
Contohnya:
pakaian, sasterawan, seniman, dan pamerkan.
3. Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata kerja adjektif
terbitan.
Contohnya:
pembuatan, penggunaan, pelajaran, dan menggunakan.
4. Kata terbitan bersisipan
Sisipan wujud dalam kata nama dan kata adjektif.
a) Sisipan kata nama : kelengkeng
b) Sisipan kata adjektif : gemilang, serabut
No comments:
Post a Comment