
Dia mula mengambil upah menjahit pakaian, sarung kusyen, dan langsir daripada jiran tetangganya. Walaupun, sambutan tidak begitu menggalakkan tetapi Mala tidak berputus asa. Berkat kesabarannya, Mala semakin dikenali di kawasan kediamannya. Hasil kerja tangan Mala yang kemas dan halus itu mendapat pujian daripada jiran tetanganya. Pelanggan-pelanggannya bertambah banyak.
Mala bersyukur kerana hasil usahanya tidak sia-sia. Dia bangga kerana kerja-kerja tangannya mendapat perhatian. Kini, Mala dapat menyara kehidupannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment